Sunday, February 15, 2004

Tiga Tahun

Hari ni aku rasa sungguh ceria..kenapa??hari ni genap 3 tahun perhubungan aku dengan Anim...sepanjang tempoh tu dia lah racun...dia jugalah penawar buat aku...tiada yang lain melainkan dirinya...sepanjang temph itu juga aku pernah melalui suatu saat yg agak sukar untuk diterangkan...tetapi dapat juga diselesaikan bersama...rasanya itulah antara salah satu punca kekuatan perhubungan antara aku dan dia...aku rasa aku telahpun membuat keputusan...insyaallah dalam tempoh setahun ke 4 tahun lagi...akan ku ikut jejak langkah kawan2 ku yang lain...Nasa, Dino, Jaie, Boy, Fuad dan lain2...giliranku pasti menyusur...insyaallah...

        terimalah segelas penuh kasihku ini
        penuh kuisi buatmu
        tanda kasih dan sebuah sayang

usah bimbang, gelas itu xkan kosong
kerna tiap2 kali kasih di dlmnya
tampak susut,
akan ku isi lagi penuh2 buatmu
sepanjang waktu..

        cuma aku pinta
        jagalah gelas itu baik2
        kerana ia ibarat hatiku..

usah biarkan ia retak, apatah lagi
b'derai..kerana kalau itu t'jadi,
ia tidak mampu mengisi kasih lagi..
maka peliharalah gelas itu..


* Kenangan lalu terkenang kembali satu-persatu :o)

No comments: