Thursday, May 26, 2005

Al Fatihah to Allahyarham Mazlan Ahmad (Tenaga Pengajar SEMESTI)

Petikan dari Berita Harian ( Khamis, 5 Mei 2005 )



"Bagaimanapun, selepas menghantar Wan Normi, kereta Honda yang dipandu Mazlan Ahmad untuk pulang ke rumah di Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 45.1 lebuh raya itu.

Cikgu Mazlan Ahmad, 39, dan anaknya , Muammar Affis Qashree, 5, rentung apabila kereta mereka, yang terbabas dan melintang di tengah lebuh raya, terbakar selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dan terseret sejauh kira-kira 50 meter."

Cikgu Mazlan Ahmad lebih dikenali sebagai guru sukan yang paling berjaya di SEMESTI. Kejayaan arwah membawa pasukan Centipede menjuarai Kejohanan Ragbi MSSPK bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Perwatakan arwah yang ceria dan tegas menjadi ingatan kepada anak-anak didik beliau di SEMESTI.

Semesti.Net: Kami anak-anak didik allahyarham memanjatkan doa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang terpilih.

MaNCiS: Allahyarham merupakan antara salah seorang guru yg best pernah mengajar aku...

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham.

View Berita Harian page about this news (in pdf format)
   - Berita Harian Page 01, May 05, 2005
   - Berita Harian Page 06, May 05, 2005