Sunday, May 16, 2004

Sahabat dan Sahabiah

Buat sahabat & sahabiah.. betapa beruntungnya diri bila kita dikurniakan sahabat yg mempunyai ciri2 persahabatan , memahami antara satu sama.. Berdoalah mg kita dikurniakan sahabat sedemikian.. Insya-ALLAH

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah... Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita...

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat.. Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi,jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. darp: Artikel SuaraUlama - ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

* Adakah aku adalah seorang Sahabat? Tapi walau apapun aku tetap bersyukur kepada-Nya kerana aku mempunyai Sahabat dan Sahabiah....terutamanya "DIA"

No comments: