Thursday, November 24, 2005

Doktor Haiwan dan Tikus Serama

Kisah Ini terjadi antara seorang Doktor Haiwan bukan karier sebenar dan seekor Tikus Serama bukan spesis sebenar kot. Ceritanya bermula begini:-

Satu pagi yg hening mendung macam nak ujan je...Mata Doktor Haiwan tu pon dah naik kuyu penangan dek Nasik Lemak 2 bungkus kat tempat bese Mutiara Bangsar. Tiba2...jeng...jeng...jengggg...kasi saspen sket

Ringgg...Ringgg...
Doktor Haiwan: Elop. Klinik Haiwan di sini.
Penjaga Tikus: Encik, tikus saye ada masalah. Saya tak bole tarik dia lagi jauh la. Tak tahu la kenapa. Bole tolong selamatkan dia??

Demi menyelamatkan keadaan sambil menjaga reputasi Klinik beliau, beliau pon bergegas ke tempat kejadian bukan lokasi sebenar

Doktor Haiwan: Ni ekor dia terbelit ni haCeh...hampeh...ekor tikus ni tersepit kat belakan sangkar ni. Sendiri pon bole bikin...buang karen btol
Penjaga Tikus: Owhh...tikus ni tersepit. Patut la pon.

Akhirnya sang tikus tersebut berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa dera si penjaganya.

Pengajaran:
Peliharalah tikus anda dengan baik. Jangan siksa dia. Kesian wooo. Doktor Haiwan lagi la tersiksa Hahahahaha

Nota:
Klinik Haiwan - IT Dept.
Doktor Haiwan - System Support
Penjaga Tikus - Client/User
Tikus - Mouse / Tetikus


Nota sebenar:
Cerita ini telah diubahsuai adalah rekaan semata2 mengikut imiginasi tuan direktor penulis.



ARGHHH....TENSEN TOL AKU DENGAN USER NI...ADEI LA...Pelisssss

Tuesday, November 15, 2005

Bosan Ntah ape-ape ntah

Aku rasa tak gumbira...Hari2 yang aku lalui sejak kebelakangan ni kosong ceria...Masa2 lapang aku habiskan masa dengan melakukan apa yg aku mahu walaupun kadang kala aku kurang berminat.

p/s: aku mencari kaedah penyampaian yg mempunyai pelbagai maksud. Apa yang aku rasa dengan atau tanpa. Aku ingin dah mula dah pon memulakannya. Biar aku bermula sesuatu yang baru buat diriku di sini. Aku dan dunia aku persekitaran aku.

Korang nak komen ke tak terpulanglah. Pedulik hape aku

Monday, November 14, 2005

Makan-makan raye

Selamat Hari Raya

Hari ni buat open house kat rumah Mama kat Putrajaya...dari petang sampai malam...ramai gakk la kengkawan aku datang walaupun ade yg xdatang @ xmo datang...anyway thanks to u all RaMPaiViLLe BuDDieS coz sudi datang...

Hmm...bila sebut pasal raya ni...Ketupat, Lemang, Rendang dan kuih-muih mmg tak dapat nak dipisahkan...Itu la dia juadah istimewa yang kononnye aku carik di hari raya...pastu sumbat memacam lagi yg ade...6pax yg ade kat perut aku ni langsung bertukar hampir2 jadi buncit...

---

Bile sebut pasal makan ni pulak...Teringat aku satu kes salah siapa?? pemahaman bile order makan.

Kalau sesapa yang keje NSTP Bangsar mesti selalu makan kat Kedai JAmil/Pak Andak.. Ada la satu hari tu aku makan ngan member aku.. So pembantu dia (bangla kot) amik order..

Bangla: "Mau makan apa abang..?"
Kawan aku: "Kasi saya Nasi Telur Bungkus ye.."
Bangla: "Wokey nasi tulur bungkus satu aaa.."

1 minit kemudian...

Bangla: "Suda siap abang..."
Kawan aku: "Cepatnya..."
Bangla: "Inila Nasi sama tulur kasi bungkus..."

Di tangannya ada sebungkus Nasi putih sama telur Goreng..

Bangla: "Inilah Nasi Tulur Bungkus abang..."

Pecah perut kitorang gelak sampai guling-guling bile dah naik kat opis. Ni sume gara-gara order makan kat situ.

Tuesday, November 08, 2005

Tersalah Waktu Dengan Hati Yang Riang

Semalam...(errr...lokasi kat restoran Central Market @ RaMPaiViLLe, tempat bese kitorang lepak dirahsiakan)

Aku: "Weh...aku balik dulu la...besok aku keje pagi la..."
Dengan konfiden je aku canangkan...

Hari ini....(dengan hati yg riang aku bangun tido pasal tido cukup, dengan bersemangat waja aku siap nk pegi keja...Chewahh)
Dlm perjalanan aku dpt call dr opismate. Lebih kurang macam ni:-

Opismate: "Syam, ko kat mana"
Aku: "Aku kat trafik light bawah Stesen Putra, Bangsar. Nape?"
Opismate: "Aku keja pagi, tapi aku rasa tak sihat, rasa tak larat sgt ni. Sampai opis tolong cek sapa keja pagi."
Aku: "Aku la keja pagi (dengan nada konfiden aku jawab). Kat opis kang ape2 hal aku tepon ko"

Kat opis aku lak. Sampai je terus aku cek jadual. Alamak...aku keja petang rupenye...ishhh...nk balik pon xbley pasal kalu aku balik opis tinggal sorang je...kena la pulak stay. Petang lak aku tabley balik gak (kena wat double shift) pasal petang pon sepatut nye kena ada 2 org (Aku & Hafiz)...

Aku call opismate aku yg tak sihat tu. Dialog yg diringkaskan serta diubahsuai untuk menyedap script:-

Aku: "Elop, hari ni aku keja double shift la kot. Pagi takde org. Petang pon xde org."
Opismate: "Hmmm...nnt aku ganti ko pulak ok."
Aku: "Ok gak tu. Hari Ahad ni ganti aku ok. Aku ingat nak wat mkn2 kat umah mak aku kat putrajaya."
Opismate: "Ok."

Kesimpulan:-
Kalau kita melakukan sesuatu kerja dengan hati yang ikhlas dan riang gumbira, InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran sama ada secara terang-terangan mahupun secara terselindung.