Saturday, April 29, 2006

Cahaya Suria KLCC dan Cahaya Suria KLCC

Mata aku sakit. Dah seminggu lebih aku tahan. Tak bole tengok cahaya sangat. Terutama cahaya Suria KLCC sang suria.
Malam pun sama juga. Cahaya lampu minyak tanah kereta yg biasa tu pun sudah cukup menggangu. Inikan pula lampu tinggi. Nak kena periksa mata hati aku ni. Kalau hasilnya aku kena pakai spec, aku tak kisah untuk menggayakannya waktu siang...tapi kalau malam pon kena tapis cahaya juga macam mana??

Adeh...silaunye



Juring II sudah hampir ke penghujung. Samurai, kezen aku telah berjaya bertahan setakat ni manakala AhsueZ orang kanan Samurai pula terpaksa akur dengan keputusan Kepala Wasit iaitu Mat Jan, Juri Tetap iaitu Basri dan Adzlin, serta undian peminat kerana di-Juring pada pusingan yang ke-3 kalau tak silap aku la.

Tahniah kepada Samurai kerana masih lagi bertahan di gelanggang Juring II.





Lama tak update kat sini...malas

Tuesday, December 20, 2005

Today's My 2_ BirthDay

Wah...sedar xsedar dah 2_ aku hidup di muka bumi ini....macam2 yg telah aku lalui...perkara baik mahupun buruk semua menjadi kenangan dan pengajaran buat aku untuk meneruskan hidup...terima kasih kepada semua (terutama Mama, Babah, saudara2 sekalian, si dia yg di sayangi, serta rakan2> yang mewarnai hidup aku...korang sume memang best la...aku sayang korang semua...tanpa korang semua aku takkan dapat apa yg telah aku lalui dan rasai...

Byk SMS yg aku terima...ada yg mendoakan aku...ada yg sambil berjenaka, dan yang ni istimewa buat aku..kire special highlight la ni...hehe

It was u yesterday, it wa u the day b4, it was u last week. it was u when i first i saw u, it was u when we first dated, it was u that i loved. its only u..

wahhh...rasa terharu ni...

Thursday, November 24, 2005

Doktor Haiwan dan Tikus Serama

Kisah Ini terjadi antara seorang Doktor Haiwan bukan karier sebenar dan seekor Tikus Serama bukan spesis sebenar kot. Ceritanya bermula begini:-

Satu pagi yg hening mendung macam nak ujan je...Mata Doktor Haiwan tu pon dah naik kuyu penangan dek Nasik Lemak 2 bungkus kat tempat bese Mutiara Bangsar. Tiba2...jeng...jeng...jengggg...kasi saspen sket

Ringgg...Ringgg...
Doktor Haiwan: Elop. Klinik Haiwan di sini.
Penjaga Tikus: Encik, tikus saye ada masalah. Saya tak bole tarik dia lagi jauh la. Tak tahu la kenapa. Bole tolong selamatkan dia??

Demi menyelamatkan keadaan sambil menjaga reputasi Klinik beliau, beliau pon bergegas ke tempat kejadian bukan lokasi sebenar

Doktor Haiwan: Ni ekor dia terbelit ni haCeh...hampeh...ekor tikus ni tersepit kat belakan sangkar ni. Sendiri pon bole bikin...buang karen btol
Penjaga Tikus: Owhh...tikus ni tersepit. Patut la pon.

Akhirnya sang tikus tersebut berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa dera si penjaganya.

Pengajaran:
Peliharalah tikus anda dengan baik. Jangan siksa dia. Kesian wooo. Doktor Haiwan lagi la tersiksa Hahahahaha

Nota:
Klinik Haiwan - IT Dept.
Doktor Haiwan - System Support
Penjaga Tikus - Client/User
Tikus - Mouse / Tetikus


Nota sebenar:
Cerita ini telah diubahsuai adalah rekaan semata2 mengikut imiginasi tuan direktor penulis.



ARGHHH....TENSEN TOL AKU DENGAN USER NI...ADEI LA...Pelisssss

Tuesday, November 15, 2005

Bosan Ntah ape-ape ntah

Aku rasa tak gumbira...Hari2 yang aku lalui sejak kebelakangan ni kosong ceria...Masa2 lapang aku habiskan masa dengan melakukan apa yg aku mahu walaupun kadang kala aku kurang berminat.

p/s: aku mencari kaedah penyampaian yg mempunyai pelbagai maksud. Apa yang aku rasa dengan atau tanpa. Aku ingin dah mula dah pon memulakannya. Biar aku bermula sesuatu yang baru buat diriku di sini. Aku dan dunia aku persekitaran aku.

Korang nak komen ke tak terpulanglah. Pedulik hape aku

Monday, November 14, 2005

Makan-makan raye

Selamat Hari Raya

Hari ni buat open house kat rumah Mama kat Putrajaya...dari petang sampai malam...ramai gakk la kengkawan aku datang walaupun ade yg xdatang @ xmo datang...anyway thanks to u all RaMPaiViLLe BuDDieS coz sudi datang...

Hmm...bila sebut pasal raya ni...Ketupat, Lemang, Rendang dan kuih-muih mmg tak dapat nak dipisahkan...Itu la dia juadah istimewa yang kononnye aku carik di hari raya...pastu sumbat memacam lagi yg ade...6pax yg ade kat perut aku ni langsung bertukar hampir2 jadi buncit...

---

Bile sebut pasal makan ni pulak...Teringat aku satu kes salah siapa?? pemahaman bile order makan.

Kalau sesapa yang keje NSTP Bangsar mesti selalu makan kat Kedai JAmil/Pak Andak.. Ada la satu hari tu aku makan ngan member aku.. So pembantu dia (bangla kot) amik order..

Bangla: "Mau makan apa abang..?"
Kawan aku: "Kasi saya Nasi Telur Bungkus ye.."
Bangla: "Wokey nasi tulur bungkus satu aaa.."

1 minit kemudian...

Bangla: "Suda siap abang..."
Kawan aku: "Cepatnya..."
Bangla: "Inila Nasi sama tulur kasi bungkus..."

Di tangannya ada sebungkus Nasi putih sama telur Goreng..

Bangla: "Inilah Nasi Tulur Bungkus abang..."

Pecah perut kitorang gelak sampai guling-guling bile dah naik kat opis. Ni sume gara-gara order makan kat situ.